Kami

27 November 2008

Gambar-gambar sekitar majlis makan makan

Alumni Malang dari kiri Boy, Zack dan Chaa hadir memeriah majlis makan malam Alumni Jawa Timur pada 22 November lalu.

Barisan alumni angkatan 90-an, Udeen dan Reza (kanan) turut hadir memberi sokongan.

Barisan kaum ibu. Dahulu masing-masing kendong buku, sekarang kendong anak.

Antara alumni Jawa Timur yang hadir pada majlis makan malam di The Regency International Hotel, Kuala Lumpur.

Empat otai alumni Jawa Timur dari kiri Bazir (Unair 88), Yatrizal (Unair 86), Razali (Unair 87) dan Lukman (Unair 89).

Kalau tadi barisan kaum ibu, yang ini kaum bapa yang masih lagi "maintain" kehenseman mereka.

Lagi wajah-wajah alumni yang kini semuanya sudah bergelar ibu. Mungkin ada yang sudah berkira-kira untuk berbesan?

Nazly dan Elis bersama anak tunggalnya mengenakan pakaian sedondon malam ini.

Pasangan bahagia, Sadad dan Zurin...
Boy dan Ija... bincang apa tuh?

Lagi generasi 90-an yang hadir dari kiri Noriyati, Mimi Zalwani dan Riana.

Akmal sabar layan kerenah anak sambil diperhatikan isterinya Noriyati.

Bro Yatrizal dari angkatan 86 hadir bersama isteri, Kak Yati.

Apabila dua "pilar" bertemu, Razali dan Azizi mengimbau kisah ketika beraksi di gelanggang takraw di Bhakti Husada dulu-dulu.

Razali dan Azizi bersama isteri masing-masing, Ayin dan Pai (kanan).
Dua bujang telajak, Mus (kiri) dan Kama Azro. Orang lain datang bawak anak isteri, mereka hanya bawa diri...

Budak kecik Gontor dulu, Erwin kini datang bersama isteri dan anak.

Malek dan Nik (kanan) sibuk melayan kerenah anak-anak.

Serius nampak antara Adnan dan Sadad (kanan) tentu ada topik menarik yang dibincangkan.

Apabila sudah lama tidak bertemu, maka gegak-gempitalah The Regency International Hotel jadinya ditambah dengan kerenah anak-anak masing-masing. Kecoh!

Zack yang datang bersama isteri dan anak-anak masih sempat melayan panggilan telefon, agaknya dari anak murid yang minta soalan "spot".

Para suami, Syam (suami Azura, dua dari kiri) dan Syamsi (suami Siti Zaharah) turut hadir memberi sokongan kepada isteri masing-masing untuk bertemu rakan-rakan lama.
Semua foto ihsan: Chaa Ghazali

24 November 2008

Mereka yang hadiri majlis makan malam

Otai Yatrizal (Unair 86) dan isteri, Kak Yati (tengah) serta Siti Zaharah (Unair 88) antara yang memeriahkan makan malam Alumni Jawa Timur.

Berikut mereka yang menghadiri majlis makan malam Alumni Jawa Timur yang diadakan di The Regency International Hotel, Kuala Lumpur pada 22 Nov. 2008:

1. Zainuddin Abu Bakar (IKIP Malang) & keluarga
2. Dr. Mimi Zalwani Zakaria (Unair) & keluarga
3. Dr. Amirudeen Mohd. Nor (Unair) & isteri, Dr. Riana Kipiani Ab. Halim (Unair)
4. Dr. Akmal Rail (Unair) & isteri, Noriyati Mohd Arfan Salim (IAIN Sunan Ampel)
5. Dr. Muhammad Reza Hamdan (Unair) & keluarga
6. Siti Zaharah Bechi (Unair) & suami
7. Dr. Mazhazlinda Harun (Unair) & keluarga
8. Yatrizal Zamzami (Unair) & isteri
9. Shaharudin Ghazali @ Cha'a (IKIP Malang)
10. Julinda Tajul Arifin (IKIP Surabaya)
11. Razali Deraman (Unair) & isteri, Hasrin Othman (Unair) & keluarga
12. Mohamad Azizi Shamsuddin (IKIP Surabaya) & isteri, Dr. Noorfaizah Mohamad (Unair) & keluarga
13. Dr. Mohd Bazir Jusoh (Unair) & isteri, Rosnani Emily Juaing (IKIP Surabaya) & keluarga
14. Kamaazro Abu Bakar (IAIN Sunan Ampel)
15. Mustafa Kamal (IAIN Sunan Ampel)
16. Malek A. Johari (IKIP Surabaya) & Rozaidah Muni (IKIP Surabaya) & keluarga
17. Mohd. Sadad Mahmud (IAIN Sunan Ampel) & Dr. Zurina Asiah Musa (Unair)
18. Adnan Abdul Rahman (IKIP Surabaya) & keluarga
19. Dr. Nazita Yaakob (Unair) & suami
20. Dr. Khatijah Wahab (Unair)
21. Dr. Nazly Joned (Unair) & isteri, Dr. Elis Malindo Ab. Rani (Unair) & anak
22. Nor Azurah Zakaria (Unair) & keluarga
23. Erwin Ridzwan (IAIN Sunan Ampel) & keluarga
24. Mohd. Amin Khusni (Pesantren Sunan Ampel) & isteri
25. Hasbullah Abu Kassim (IKIP Malang)
26. Dr. Noor Huda Mohd Yusof (Unair)
27. Dr. Norlee Hazaniza Ahmad (Unair) & suami, Lukman Ismail (Unair)
28. Yusri Hashim (Unair)

23 November 2008

Penubuhan persatuan alumni Jawa Timur disambut baik

Cadangan penubuhan persatuan alumni Jawa Timur mendapat sokongan penuh rakan-rakan alumni yang menghadiri majlis makan malam Alumni Jawa Timur yang diadakan di Kuala Lumpur, malam tadi.

Kira-kira 50 alumni dan sebahagiannya membawa keluarga masing-masing bersetuju untuk memberi sokongan padu setiap aktiviti yang akan dilaksanakan oleh persatuan tersebut.

Sehubungan dengan itu, satu jawatankuasa penaja akan dibentuk dalam masa terdekat untuk proses penubuhan persatuan itu.

Pengerusi Jawatankuasa majlis makan malam tersebut, Lukman Ismail (Unair 89) ketika mengemukakan cadangan itu berkata, ia bertujuan melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi mengeratkan hubungan yang setia terjalin di kalangan rakan-rakan.

Katanya, walaupun sudah wujud Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) dan Alumni Kelab UMNO, tetapi persatuan tersendiri perlu ditubuhkan yang lebih tertumpu kepada lepasan universiti-universiti dan pondok pesantren di Jawa Timur.

PAPTI adalah persatuan yang menghimpun seluruh alumni dari Indonesia dan persatuan ini sudah wujud lebih 30 tahun lalu manakala Alumni Kelab UMNO pula adalah persatuan alumni kelab-kelab UMNO seluruh dunia termasuk Indonesia.

22 November 2008

Pelancaran blog Alumni Jawa Timur

Blog Alumni Jawa Timur hari ini dilancarkan secara rasmi sempena makan malam alumni yang berlangsung di The Regency International Hotel, Kuala Lumpur malam ini.

Kira-kira 50 bekas pelajar Malaysia yang pernah menuntut di universiti-universiti dan pondok pesantren di seluruh propinsi Jawa Timur, Indonesia bersama keluarga masing-masing menghadiri majlis ini.

Mereka terdiri daripada rakan-rakan yang belajar di bandar-bandar seperti Surabaya, Malang, Pasuruan, Ponorogo dan lain-lain.

Blog Alumni Jawa Timur yang boleh diakses melalui http://alumnijatim.blogspot.com akan menjadi sumber maklumat berkaitan dengan rakan-rakan alumni yang berada di seluruh pelosok negara sejak mereka menamatkan pengajian masing-masing.

19 November 2008

War-war makan malam alumni Jawa Timur di media

War-war majlis makan malam alumni Jawa Timur dalam Utusan Malaysia (Edisi Selatan - Melaka & Negeri Sembilan sahaja) baru-baru ini.

18 November 2008

Lebih 50 orang disahkan hadir majlis makan malam

Majlis makan malam Alumni Jawa Timur yang julung kali diadakan di Hotel Regency, Kuala Lumpur pada Sabtu, 22 November ini telah mendapat sambutan yang baik apabila lebih 50 orang telah menyatakan kesediaannya untuk hadir.

Selain disertai oleh kalangan rakan-rakan di sekitar Lembah Klang, majlis itu yang diadakan bagi menghimpun semula mereka yang pernah menuntut di institusi pengajian tinggi dan pondok-pondok pesantren di propinsi itu turut mendapat sambutan di kalangan mereka yang berada di Pantai Timur, utara dan selatan tanah air.

Mereka terdiri daripada para alumni Universitas Airlangga, Surabaya; Institut Keguruan Ilmu Pendidikan (IKIP) Surabaya; IKIP Malang; Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sunan Ampel, Surabaya; Pondok Pesantren Gontor, Ponorogo dan lain-lain. S

ambutan yang diperoleh melalui penganjuran pertama ini telah dijangkakan memandangkan ramai di kalangan rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu atau berhubung antara satu sama lain, sejak masing-masing kembali ke tanah air.

Berikut maklumat mengenai Majlis Makan Malam Alumni Jawa Timur:

Tempat: Hotel Regency, Kuala Lumpur
Masa: 7.30 malam
Bayaran: RM40 (dewasa), RM20 (kanak-kanak)

Mereka yang berminat, boleh menghubungi Sdr. Lukman Ismail (Unair 89) di talian 012-6066675 atau Dr. Norlee Hazaniza Ahmad (Unair 90) di talian 016-3559611.

Tidak tahun jalan? Lihat peta di bawah:



Selamat datang

Selamat datang ke blog Alumni Jawa Timur. Blog ini akan menjadi wadah bagi alumni dan lepasan institusi pengajian tinggi dan pondok-pondok pesantren yang ada di propinsi Jawa Timur, Indonesia bertujuan menyalurkan maklumat, berita dan info aktiviti persatuan ini kepada ahli dan seluruh masyarakat.

Terima kasih