Kami

23 November 2008

Penubuhan persatuan alumni Jawa Timur disambut baik

Cadangan penubuhan persatuan alumni Jawa Timur mendapat sokongan penuh rakan-rakan alumni yang menghadiri majlis makan malam Alumni Jawa Timur yang diadakan di Kuala Lumpur, malam tadi.

Kira-kira 50 alumni dan sebahagiannya membawa keluarga masing-masing bersetuju untuk memberi sokongan padu setiap aktiviti yang akan dilaksanakan oleh persatuan tersebut.

Sehubungan dengan itu, satu jawatankuasa penaja akan dibentuk dalam masa terdekat untuk proses penubuhan persatuan itu.

Pengerusi Jawatankuasa majlis makan malam tersebut, Lukman Ismail (Unair 89) ketika mengemukakan cadangan itu berkata, ia bertujuan melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi mengeratkan hubungan yang setia terjalin di kalangan rakan-rakan.

Katanya, walaupun sudah wujud Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) dan Alumni Kelab UMNO, tetapi persatuan tersendiri perlu ditubuhkan yang lebih tertumpu kepada lepasan universiti-universiti dan pondok pesantren di Jawa Timur.

PAPTI adalah persatuan yang menghimpun seluruh alumni dari Indonesia dan persatuan ini sudah wujud lebih 30 tahun lalu manakala Alumni Kelab UMNO pula adalah persatuan alumni kelab-kelab UMNO seluruh dunia termasuk Indonesia.

No comments: