Kami

About Us

Sejak tahun 60-an dan 70-an sudah ada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di beberapa bandar utama di Indonesia, termasuk di wilayah Jawa Timur.

Malahan jumlah tersebut bertambah berkali ganda apabila kerajaan Malaysia mula menghantar pelajar secara berterusan sejak 1986 di bawah program G2G.

Dan sehingga hari ini jumlah rakyat Malaysia lepasan universiti dan pondok pesantren di Jawa Timur dianggarkan melebih 500 orang manakala ratusan lagi sedang menuntut di sana.

Justeru, Persatuan Alumni Jawa Timur yang ditubuhkan ini akan menyatukan para graduan lepasan IPT dan pondok pesantren di Jawa Timur yang telah kembali ke Malaysia di bawah satu wadah.

Jika anda adalah salah seorang daripadanya dan berminat untuk menyertai persatuan ini, hubungi  email alumnijawatimur@gmail.com atau Facebook Alumni Jawa Timur 

~ Salam Perjuangan