Kami

01 October 2010

Terengganu will not send students to Indonesia anymore

 KUALA TERENGGANU, Sept 30 (Bernama) — Beginning this year, the Terengganu government will not be sending students to pursue their studies in Indonesia anymore as several incidents in the republic has caused fear among the students and parents.

Terengganu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, however, said the state government would not call back students who were already there.

"We don”t want to send new students to Indonesia because our students are easily traumatised by earthquakes,” he told reporters here today.

Furthermore, he said the parents were also worried of their children”s safety especially with the current “unhealthy developments” (anti-Malaysia protests by vigilante groups) in Indonesia.

At present, Ahmad said Terengganu had its eyes on Cuba as the new destination for its students to pursue studies in biotechnology and nanotechnology.

Meanwhile, the menteri besar said Terengganu was also planning to send 150 students to study medicine in other countries next year, as compared to 107 this year and 45 in 2008.

He said this was because the number of female doctors in the hospital in Terengganu right now was higher than the number of male doctors and the state government had to take some action to balance the numbers.

27 November 2009

Lagi gambar-gambar sekitar makan malam II

Dari kiri: Norlee & Elis sempat tayang baju di meja pendaftaran...

Nazita antara mereka yang membuat pembayaran di saat akhir... Walaupun kerusi & meja tak mencukupi, yang penting makanan cukup dan semua yang hadir cukup puas!


Olin (kiri) dan Azura asyik melayan kerenah anak-anak...

Dua keluarga sudah memadai untuk memenuhkan kerusi meja. Tahun depan kena buat tempahan kerusi & meja lebih sebab dijangkakan jumlah anak-anak bakal bertambah...!

Zainuddin tetap datang bersama keluarga walaupun rakan-rakan dari Malang yang lain tidak berkesempatan untuk hadir!

Jom makan! Menu pilihan di Hotel Sentral memuaskan hati dan hampir licin "disapu" mereka yang hadir...

Apa yang disyarahkan si Ustaz Abuya (berketayap) sehingga Sadad begitu khusyuk mendengarnya sambil Nazli tersengih...

Anak-anak tak lepas peluang menikmati juadah yang disajikan di Hotel Sentral. Lapar agaknya...

Olin & Erwin masing-masing dah dukung anak sendiri. Kama ni bila pula bila nak beristeri?

Macam majlis Wanita UMNO pula! Seronok tengok mereka yang hadir memenuhi warna tema pilihan majlis makan malam iaitu merah & putih.

Norita bersama empat anaknya termasuk dua lelaki kembar (kiri). Katanya sedang mencari pengganti...

Azura mengisi perut anak, si suami (kiri) mengisi perut diri sendiri...

Ita bersama anak sulungnya (tengah) dan Norlee. Di belakang, Azizi menyibukkan diri...

Dua pilar bertemu lagi. Azizi & Zali dua pilar yang sering bertemu di gelanggang takraw ketika di Surabaya dulu...

Keluarga Elis/Nazli semeja dengan Atras & isteri, Maznah dan Ina Esman. Sadad jadi pelayan...

Olin bersama anaknya berposing bersama Norlee...

Norlee dan Maznah

Siapa lebih hensem... Anak ke bapak?

Erwin bersama hadiah cabutan bertuah yang dimenangi....


Sekitar makan malam Alumni Jawa Timur II

Berikut antara gambar-gambar ahli keluarga Alumni Jawa Timur yang hadir memeriahkan majlis makan malam kedua yang diadakan di Hotel Sentral KL, Brickfield pada 22 November lalu.


Ustaz Haji Hasmizul Faezal @ Abuya datang sendirian dari Perlis. Isteri tak sihat katanya...!!


Atras & Maznah... Masih dalam honeymoon! Harap-harap tahun depan datang bertiga.


Azizi, Pai & anak-anak hadir lagi tahun ini walaupun terpaksa memandu kira-kira 3 jam dari Chemor (emm... 300KM dari Ipoh?)


Ayin & Zali datang dari Segamat. Walaupun tidak berapa sihat, mereka tetap hadir memeriahkan majlis.


Zura bersama suami & anak-anak...


Basir & Nani bersama anak-anak... Datang dari Kemaman, Terengganu!


Erwin bersama isteri dan 2 anak... Dah bertambah ahli keluarga yea?


Zarina Esman... Sengaja tinggalkan suami & 3 anak di rumah!


Norita penuh penghayatan... Nak perkenal anak-anaknya saja, bukan nak buat persembahan!


Keluarga Jalal & Zuraida bersama lima heroesnya...


Murni malu-malu nak perkenalkan suami & anak... Mereka datang dari Pekan, Pahang tau!


Nazita bersama suami & anak-anak...


Norina ditemani anak-anak sahaja, suami tak dapat ikut!


Olin akhirnya dapat datang juga selepas tahun lepas tak berkesempatan. Semangat punya pasal Olin jadi orang pertama yang daftar nak ikut dinner. Tahniah!


Sadad & Zurin bersama tiga anaknya... Dua-dua sedang sambung belajar. Zurin tengah buat Master, Sadad siapkan PhD...


Wakil Malang, Zainuddin bersama isteri & anak-anak. Mereka kini menetap di Tanjung Malim....


Nazli & Elis bersama anak tunggalnya. Mak pun diangkutnya sekali... Terima kasih

Lagi gambar-gambar sekitar majlis makan malam Alumni Jawa Timur II dalam Facebook!

Kenangan dari Surabaya

Oleh MOHAMMAD ISMAIL

MENGHADIRI dan membentangkan kertas kerja di persidangan merupakan satu kebiasaan bagi ahli-ahli akademik. Mungkin persidangan di Indonesia agak kurang menarik 'senior-senior' untuk menyertainya, barang kali mereka lebih berminat untuk menyertai persidangan yang dianjurkan oleh universiti-universiti di Barat.

Sama ada prestij atau tidak apa yang penting adalah sesi percambahan ilmu merupakan satu platform yang terbaik untuk perkongsian dan pengembangan idea. Penulis berkesempatan menghadiri persidangan yang dianjurkan oleh universiti perguruan tertua di Surabaya iaitu Airlangga University dengan kerjasama Cheng Kung University Taiwan.

Menjejak kaki di lapangan terbang Juanda Surabaya memberi gambaran awal yang tidak 'enak' menyaksikan gelagat sebilangan warga Indonesia yang tidak mampu dikawal oleh petugas apabila memanjat tempat untuk mengambil barang kerana hilang sabar dan ingin cepat. Mungkin ini tidak menggambarkan keseluruhan warga Indonesia tetapi cukup untuk menceritakan kenapa mereka begitu mudah 'melenting' walaupun melibatkan isu yang kecil.

Kesuraman dalam perjalanan ke bandar amat berbeza dengan Malaysia yang disinari lampu neon, mungkin mereka berbuat demikian untuk menjimatkan kos. Tetapi apabila diajukan pertanyaan oleh rakan penulis, pemandu teksi memberi jawapan yang berlapik sambil tersenyum, katanya bandar romantik.

Alangkah nikmat dan makmurnya negara kita dengan lampu jalan sentiasa menerangi jalan-jalan utama di Malaysia. Adakah kemakmuran itu disyukuri oleh orang kita?

Kota Surabaya merupakan kota kedua terbesar selepas Jakarta juga tidak sunyi daripada kesesakan atau dipanggil 'macet'. Kesesakan lalu lintas di Surabaya agak berbeza dengan Malaysia, hiruk-pikuk jalan raya diiringi dengan bunyian hon kereta apabila ada kenderaan yang ingin 'mencelah'.

Ironinya tidak ada seorang pun pemandu yang marah, menjerit, memaki hamun, mengeluarkan 'isyarat tangan' dan sebagainya. Bagi pemandu di Indonesia, membunyikan hon adalah sesuatu yang biasa, kalaulah di Malaysia pasti berbakul-bakul 'sumpahan'. Mungkin mereka di sana lebih memahami fungsi hon yang sebenar agaknya!

Kesesakan lalu lintas yang berlaku sama juga seperti di kota Jakarta, kehadiran orang awam yang meniup wisel amat membantu kelancaran perjalanan kenderaan.

Walaupun dengan 'wisel' mereka mampu 'membuat duit' tetapi kita perlu melihat di sebaliknya. Kehadiran mereka yang dipanggil 'relawan' wajar dicontohi kerana kenderaan yang melintasi jalan akan patuh kepada arahan dan 'wisel' relawan.

Kalaulah di Malaysia ada 'relawan yang sebegini pasti dapat membantu untuk mengawal kesesakan lalu lintas. Keluhuran 'relawan' tersebut perlu dipuji kerana melakukan kerja dengan rela hati tanpa-tanpa apa-apa bayaran walaupun ada yang ikhlas menghulurkan sumbangan hanya sebanyak Rp1,000 atau kira-kira 30 sen lebih dan agak ramai juga yang berlalu begitu saja.

Apa yang lebih menarik, dalam kesesakan yang berlaku, agak sukar untuk melihat kemalangan jiwa walaupun bukan sahaja kereta yang membanjiri jalan raya tetapi kenderaan lain seperti basikal, motosikal dan beca. Ada juga yang menunggang basikal secara melawan arus, namun tidak pula berlaku kemalangan.

Bandar yang hampir sunyi bermula pukul 10.00 malam waktu tempatan tidak pula kelihatan anak-anak muda yang 'merempit.' Mungkin mereka sendiri tidak mengenali apa itu istilah 'mat rempit'. Kalau di tempat kita pantang jalan sunyi pasti ada yang menghiasinya dengan aksi-aksi hebat.

Empat hari memang tidak cukup untuk menghabiskan masa untuk menonton saluran televisyen yang tersedia. Penulis mencuba satu persatu saluran televisyen untuk melihat jika ada sinetron atau pun drama Malaysia disiarkan di Indonesia. Ternyata tidak kelihatan satu pun rancangan kita yang disiarkan, sebaliknya rancangan-rancangan tempatan dan Barat yang menghiasi kaca TV.

Penulis tersenyum sendirian kerana apabila menonton kaca televisyen di Malaysia terutamanya pada siang hari pastinya kita banyak dihidangkan oleh sinetron-sinetron dari Indonesia.

Apakah drama-drama fantasi mereka lagi hebat? Apakah drama yang kadang-kadang 'membudak-budakkan' kita itu lagi berkualti? Adakah drama kita tidak memenuhi selera mereka di sana? Satu persoalan yang perlu sama-sama difikirkan.

Kenapa kita terlalu mengagung-agungkan drama Indonesia sedangkan mereka tidak melakukan perkara yang sama untuk produk kita? Namun apabila diberitahu oleh pemandu teksi bahawa rancangan "Upin dan Ipin" sangat diminati di Indonesia dan tidak dialih bahasa cukup membanggakan dan melegakan penulis.

Menonton salah satu siaran berita cukup untuk memberi gambaran kepada penulis tentang isu yang berlaku baru-baru ini. Beberapa orang penunjuk perasaan atau 'penunjuk rasa' yang ditemu ramah memberitahu kenapa mereka menyertai kumpulan penunjuk perasaan, jawapan agak melucukan.

Kebanyakan penunjuk perasaan menjawab mereka tidak tahu tujuan sebenar kenapa mereka berada dalam kelompok tersebut. Penulis cuba mengaitkan dengan isu yang berlaku baru-baru ini, mungkin ada kebenarannya kumpulan yang melaungkan anti Malaysia diupah, dibuat-buat dan sebagainya berdasarkan jawapan tersebut.

Dalam perjalanan pulang dengan penerbangan syarikat penerbangan swasta, mengingatkan penulis kepada kempen Bulan Bahasa baru-baru ini. Kesungguhan ketua pramugari menggunakan bahasa Melayu patut dipuji. Namun apabila beliau membuat pengumuman kepada majoriti penumpang yang terdiri warga Indonesia dan selebihnya warga Malaysia, penulis tersenyum serta ketawa sendirian.
\
Pengumuman yang dibuatnya menyatakan: "membawa dada di Malaysia adalah dilarang dan merupakan kesalahan yang berat." Sepatutnya beliau mengumumkan 'membawa dadah' bukannya dada.

Seorang warga Indonesia berkata kepada penulis "kalau tidak bisa membawa dada, mana mungkin bisa datang ke Malaysia pak". Mungkin sistem pembesar suara kurang elok atau kami silap pendengaran? Sesuatu yang perlu diberi perhatian agar tidak disalah ertikan.

Apa yang dapat kita simpulkan, Malaysia dan Indonesia adalah serumpun. Kita bercakap dalam bahasa yang lebih kurang sama, kita makan makanan yang rasanya agak sama walaupun ada sedikit perbezaan dari segi penggunaan nama.

Tidak ada satu sebab yang munasabah untuk sebilangan rakyat Indonesia memusuhi Malaysia kerana negara ini merupakan tempat untuk mencari rezeki dan sebahagian besar rakyat Malaysia menambahkan rezeki peniaga di Indonesia termasuk di Jakarta, Surabaya, Bandung, Medan dan sebagainya dengan membeli-belah di sana.

Kepada semua warga Indonesia yang berada di Malaysia dan Indonesia, sedarlah bahawa Indonesia dan Malaysia adalah sama, janganlah cuba untuk meniup api perpecahan kerana kita saling memerlukan.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara Perlis

Sumber: Utusan Malaysia, 27 November 2009

15 November 2009

Mengapa makam Sunan Ampel jadi tumpuan?

KETIKA dalam perjalanan ke Surabaya, penulis sempat memasuki data terkini pergerakan di dalam Facebook. Salah seorang rakan memberi cadangan supaya penulis melawat makam Sunan Ampel iaitu salah seorang sembilan orang wali atau dikenali sebagai Wali Songo di Indonesia.

Menurutnya di makam berkenaan banyak cerita yang boleh ditulis, tetapi penulis agak musykil dengan saranan itu.

Bagaimanapun memandangkan rakan penulis itu pernah belajar di Surabaya, jadi penulis berfikir tidak salah melawat makam berkenaan yang kebetulan terletak di kawasan masjid. Paling tidak dapat juga melawat rumah Allah.

Jadi pada sebelah pagi sebelum bertolak pulang ke Jakarta, penulis meminta pemandu kenderaan yang disewa supaya berhenti sebentar di makam berkenaan.

Pemandu berkenaan pula nampaknya cukup senang dengan permintaan penulis itu memandangkan dia juga seorang yang cenderung dengan ajaran Islam kerana pernah belajar di pesantren dan anaknya juga kini belajar di Pesantren Gontor di Jawa Timur.

Sebaik tiba di kawasan berkenaan penulis melihat terdapat pintu gerbang yang menunjukkan Masjid Sunan Ampel.

Kelihatan orang ramai berpusu-pusu masuk melalui pintu gerbang itu dan meneruskan perjalanan melalui lorong yang agak sempit dengan di kiri serta kanan terdapat peniaga yang menjual pelbagai barangan seperti buah kurma, tasbih dan sebagainya.

Daripada pakaian orang ramai itu seolah-olah mereka menghadiri majlis agama dan mungkin di masjid berkenaan terdapat ceramah agama fikir penulis.

Semakin hampir dengan kawasan masjid berkenaan terdengar suara orang mengalunkan ayat suci al-Quran, tetapi apabila dihampiri ia bukan dari masjid berkenaan, tetapi rupa-rupanya dari kedai-kedai di tepi jalan.

Rupa-rupanya untuk sampai ke masjid dan makam yang hendak dituju perlu melalui perjalanan kira-kira satu kilometer dengan orang ramai bersesak.

Tiba di kawasan masjid kelihatan para pegawai masjid sibuk mengawal orang ramai yang pada anggaran penulis berjumlah ribuan orang yang mahu masuk ke kawasan masjid.

Penulis pun mengikuti orang ramai berbaris untuk masuk kawasan masjid itu dan penulis melihat terdapat sekumpulan orang ramai sedang meminum air di dalam tempayan yang di kawasan masjid tersebut.

Menurut salah seorang daripada mereka air itu mengalir dari mata air yang tidak pernah kering dan diyakini dapat melegakan sakit-sakit badan dan pelbagai penyakit yang lain.

Meneguk

Penulis pun meneguk sedikit air tersebut menggunakan cawan yang diperbuat daripada besi yang dirantaikan pada paip yang tidak berhenti mengalirkan air ke dalam tempayan.

Rasa air itu agak payau, tetapi ia menyejukkan dan memang cukup menyegarkan badan penulis yang kepenatan membuat liputan di Surabaya. Selepas minum air berkenaan penulis masuk ke kawasan makam berkenaan iaitu makam Sunan Ampel.

Kelihatan banyak makam di kawasan berkenaan berkenaan, tetapi hanya sebuah makam yang agak besar dan di pagar kelilingnya dengan ratusan orang duduk membayar pelbagai ayat al-Quran dan ada juga yang berdoa serta tidak kurang juga yang bersembahyang.

Sayangnya ketika penulis hendak mengambil gambar, pengawal di masjid melarangnya dengan alasan supaya ia tidak dijadikan bahan untuk dijual.

Bagaimanapun katanya jika penulis mahu membuat liputan, penulis perlu mengemukakan surat permohonan. Menurut pengawal berkenaan tumbuhan di kawasan makam berkenaan cukup mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit.

Sebagai contoh pokok mengkudu terdapat di kawasan itu digunakan untuk mengubati masalah orang yang tidak dapat mengandung.

Selepas duduk dan membaca ayat al-Quran  penulis pun berjalan keluar dan di dalam perjalanan keluar penulis sempat membeli senaskhah kalendar untuk tahun 2010.

Bagi penulis menziarahi makam, apatah lagi salah seorang wali memang cukup beruntung, tetapi seperkara yang penulis pelajari bahawa pihak masjid berkenaan tidak mengutip sebarang bayaran tetapi mereka menjual produk seperti kalendar kepada pengunjung untuk sebagai kenangan.

Melalui penjualan tersebut masjid berkenaan memperoleh pendapatan dan mungkin juga gerai-gerai yang terdapat di kawasan masjid itu juga disewa daripada pihak masjid.

Itulah rahmat yang diperoleh penduduk kawasan berkenaan dan pada masa yang sama pelancongan setempat dihidupkan yang sekali gus mengerakkan aktiviti ekonomi yang lain.

Di Malaysia aktiviti sedemikian yang masih kurang dan mungkin ia boleh dipelajari bagaimana pelancongan dalam negeri dapat memberi manfaat kepada institusi agama.


- Sumber: MINGGUAN MALAYSIA , 14 November 2009.