Kami

27 November 2009

Lagi gambar-gambar sekitar makan malam II

Dari kiri: Norlee & Elis sempat tayang baju di meja pendaftaran...

Nazita antara mereka yang membuat pembayaran di saat akhir... Walaupun kerusi & meja tak mencukupi, yang penting makanan cukup dan semua yang hadir cukup puas!


Olin (kiri) dan Azura asyik melayan kerenah anak-anak...

Dua keluarga sudah memadai untuk memenuhkan kerusi meja. Tahun depan kena buat tempahan kerusi & meja lebih sebab dijangkakan jumlah anak-anak bakal bertambah...!

Zainuddin tetap datang bersama keluarga walaupun rakan-rakan dari Malang yang lain tidak berkesempatan untuk hadir!

Jom makan! Menu pilihan di Hotel Sentral memuaskan hati dan hampir licin "disapu" mereka yang hadir...

Apa yang disyarahkan si Ustaz Abuya (berketayap) sehingga Sadad begitu khusyuk mendengarnya sambil Nazli tersengih...

Anak-anak tak lepas peluang menikmati juadah yang disajikan di Hotel Sentral. Lapar agaknya...

Olin & Erwin masing-masing dah dukung anak sendiri. Kama ni bila pula bila nak beristeri?

Macam majlis Wanita UMNO pula! Seronok tengok mereka yang hadir memenuhi warna tema pilihan majlis makan malam iaitu merah & putih.

Norita bersama empat anaknya termasuk dua lelaki kembar (kiri). Katanya sedang mencari pengganti...

Azura mengisi perut anak, si suami (kiri) mengisi perut diri sendiri...

Ita bersama anak sulungnya (tengah) dan Norlee. Di belakang, Azizi menyibukkan diri...

Dua pilar bertemu lagi. Azizi & Zali dua pilar yang sering bertemu di gelanggang takraw ketika di Surabaya dulu...

Keluarga Elis/Nazli semeja dengan Atras & isteri, Maznah dan Ina Esman. Sadad jadi pelayan...

Olin bersama anaknya berposing bersama Norlee...

Norlee dan Maznah

Siapa lebih hensem... Anak ke bapak?

Erwin bersama hadiah cabutan bertuah yang dimenangi....


Sekitar makan malam Alumni Jawa Timur II

Berikut antara gambar-gambar ahli keluarga Alumni Jawa Timur yang hadir memeriahkan majlis makan malam kedua yang diadakan di Hotel Sentral KL, Brickfield pada 22 November lalu.


Ustaz Haji Hasmizul Faezal @ Abuya datang sendirian dari Perlis. Isteri tak sihat katanya...!!


Atras & Maznah... Masih dalam honeymoon! Harap-harap tahun depan datang bertiga.


Azizi, Pai & anak-anak hadir lagi tahun ini walaupun terpaksa memandu kira-kira 3 jam dari Chemor (emm... 300KM dari Ipoh?)


Ayin & Zali datang dari Segamat. Walaupun tidak berapa sihat, mereka tetap hadir memeriahkan majlis.


Zura bersama suami & anak-anak...


Basir & Nani bersama anak-anak... Datang dari Kemaman, Terengganu!


Erwin bersama isteri dan 2 anak... Dah bertambah ahli keluarga yea?


Zarina Esman... Sengaja tinggalkan suami & 3 anak di rumah!


Norita penuh penghayatan... Nak perkenal anak-anaknya saja, bukan nak buat persembahan!


Keluarga Jalal & Zuraida bersama lima heroesnya...


Murni malu-malu nak perkenalkan suami & anak... Mereka datang dari Pekan, Pahang tau!


Nazita bersama suami & anak-anak...


Norina ditemani anak-anak sahaja, suami tak dapat ikut!


Olin akhirnya dapat datang juga selepas tahun lepas tak berkesempatan. Semangat punya pasal Olin jadi orang pertama yang daftar nak ikut dinner. Tahniah!


Sadad & Zurin bersama tiga anaknya... Dua-dua sedang sambung belajar. Zurin tengah buat Master, Sadad siapkan PhD...


Wakil Malang, Zainuddin bersama isteri & anak-anak. Mereka kini menetap di Tanjung Malim....


Nazli & Elis bersama anak tunggalnya. Mak pun diangkutnya sekali... Terima kasih

Lagi gambar-gambar sekitar majlis makan malam Alumni Jawa Timur II dalam Facebook!

Kenangan dari Surabaya

Oleh MOHAMMAD ISMAIL

MENGHADIRI dan membentangkan kertas kerja di persidangan merupakan satu kebiasaan bagi ahli-ahli akademik. Mungkin persidangan di Indonesia agak kurang menarik 'senior-senior' untuk menyertainya, barang kali mereka lebih berminat untuk menyertai persidangan yang dianjurkan oleh universiti-universiti di Barat.

Sama ada prestij atau tidak apa yang penting adalah sesi percambahan ilmu merupakan satu platform yang terbaik untuk perkongsian dan pengembangan idea. Penulis berkesempatan menghadiri persidangan yang dianjurkan oleh universiti perguruan tertua di Surabaya iaitu Airlangga University dengan kerjasama Cheng Kung University Taiwan.

Menjejak kaki di lapangan terbang Juanda Surabaya memberi gambaran awal yang tidak 'enak' menyaksikan gelagat sebilangan warga Indonesia yang tidak mampu dikawal oleh petugas apabila memanjat tempat untuk mengambil barang kerana hilang sabar dan ingin cepat. Mungkin ini tidak menggambarkan keseluruhan warga Indonesia tetapi cukup untuk menceritakan kenapa mereka begitu mudah 'melenting' walaupun melibatkan isu yang kecil.

Kesuraman dalam perjalanan ke bandar amat berbeza dengan Malaysia yang disinari lampu neon, mungkin mereka berbuat demikian untuk menjimatkan kos. Tetapi apabila diajukan pertanyaan oleh rakan penulis, pemandu teksi memberi jawapan yang berlapik sambil tersenyum, katanya bandar romantik.

Alangkah nikmat dan makmurnya negara kita dengan lampu jalan sentiasa menerangi jalan-jalan utama di Malaysia. Adakah kemakmuran itu disyukuri oleh orang kita?

Kota Surabaya merupakan kota kedua terbesar selepas Jakarta juga tidak sunyi daripada kesesakan atau dipanggil 'macet'. Kesesakan lalu lintas di Surabaya agak berbeza dengan Malaysia, hiruk-pikuk jalan raya diiringi dengan bunyian hon kereta apabila ada kenderaan yang ingin 'mencelah'.

Ironinya tidak ada seorang pun pemandu yang marah, menjerit, memaki hamun, mengeluarkan 'isyarat tangan' dan sebagainya. Bagi pemandu di Indonesia, membunyikan hon adalah sesuatu yang biasa, kalaulah di Malaysia pasti berbakul-bakul 'sumpahan'. Mungkin mereka di sana lebih memahami fungsi hon yang sebenar agaknya!

Kesesakan lalu lintas yang berlaku sama juga seperti di kota Jakarta, kehadiran orang awam yang meniup wisel amat membantu kelancaran perjalanan kenderaan.

Walaupun dengan 'wisel' mereka mampu 'membuat duit' tetapi kita perlu melihat di sebaliknya. Kehadiran mereka yang dipanggil 'relawan' wajar dicontohi kerana kenderaan yang melintasi jalan akan patuh kepada arahan dan 'wisel' relawan.

Kalaulah di Malaysia ada 'relawan yang sebegini pasti dapat membantu untuk mengawal kesesakan lalu lintas. Keluhuran 'relawan' tersebut perlu dipuji kerana melakukan kerja dengan rela hati tanpa-tanpa apa-apa bayaran walaupun ada yang ikhlas menghulurkan sumbangan hanya sebanyak Rp1,000 atau kira-kira 30 sen lebih dan agak ramai juga yang berlalu begitu saja.

Apa yang lebih menarik, dalam kesesakan yang berlaku, agak sukar untuk melihat kemalangan jiwa walaupun bukan sahaja kereta yang membanjiri jalan raya tetapi kenderaan lain seperti basikal, motosikal dan beca. Ada juga yang menunggang basikal secara melawan arus, namun tidak pula berlaku kemalangan.

Bandar yang hampir sunyi bermula pukul 10.00 malam waktu tempatan tidak pula kelihatan anak-anak muda yang 'merempit.' Mungkin mereka sendiri tidak mengenali apa itu istilah 'mat rempit'. Kalau di tempat kita pantang jalan sunyi pasti ada yang menghiasinya dengan aksi-aksi hebat.

Empat hari memang tidak cukup untuk menghabiskan masa untuk menonton saluran televisyen yang tersedia. Penulis mencuba satu persatu saluran televisyen untuk melihat jika ada sinetron atau pun drama Malaysia disiarkan di Indonesia. Ternyata tidak kelihatan satu pun rancangan kita yang disiarkan, sebaliknya rancangan-rancangan tempatan dan Barat yang menghiasi kaca TV.

Penulis tersenyum sendirian kerana apabila menonton kaca televisyen di Malaysia terutamanya pada siang hari pastinya kita banyak dihidangkan oleh sinetron-sinetron dari Indonesia.

Apakah drama-drama fantasi mereka lagi hebat? Apakah drama yang kadang-kadang 'membudak-budakkan' kita itu lagi berkualti? Adakah drama kita tidak memenuhi selera mereka di sana? Satu persoalan yang perlu sama-sama difikirkan.

Kenapa kita terlalu mengagung-agungkan drama Indonesia sedangkan mereka tidak melakukan perkara yang sama untuk produk kita? Namun apabila diberitahu oleh pemandu teksi bahawa rancangan "Upin dan Ipin" sangat diminati di Indonesia dan tidak dialih bahasa cukup membanggakan dan melegakan penulis.

Menonton salah satu siaran berita cukup untuk memberi gambaran kepada penulis tentang isu yang berlaku baru-baru ini. Beberapa orang penunjuk perasaan atau 'penunjuk rasa' yang ditemu ramah memberitahu kenapa mereka menyertai kumpulan penunjuk perasaan, jawapan agak melucukan.

Kebanyakan penunjuk perasaan menjawab mereka tidak tahu tujuan sebenar kenapa mereka berada dalam kelompok tersebut. Penulis cuba mengaitkan dengan isu yang berlaku baru-baru ini, mungkin ada kebenarannya kumpulan yang melaungkan anti Malaysia diupah, dibuat-buat dan sebagainya berdasarkan jawapan tersebut.

Dalam perjalanan pulang dengan penerbangan syarikat penerbangan swasta, mengingatkan penulis kepada kempen Bulan Bahasa baru-baru ini. Kesungguhan ketua pramugari menggunakan bahasa Melayu patut dipuji. Namun apabila beliau membuat pengumuman kepada majoriti penumpang yang terdiri warga Indonesia dan selebihnya warga Malaysia, penulis tersenyum serta ketawa sendirian.
\
Pengumuman yang dibuatnya menyatakan: "membawa dada di Malaysia adalah dilarang dan merupakan kesalahan yang berat." Sepatutnya beliau mengumumkan 'membawa dadah' bukannya dada.

Seorang warga Indonesia berkata kepada penulis "kalau tidak bisa membawa dada, mana mungkin bisa datang ke Malaysia pak". Mungkin sistem pembesar suara kurang elok atau kami silap pendengaran? Sesuatu yang perlu diberi perhatian agar tidak disalah ertikan.

Apa yang dapat kita simpulkan, Malaysia dan Indonesia adalah serumpun. Kita bercakap dalam bahasa yang lebih kurang sama, kita makan makanan yang rasanya agak sama walaupun ada sedikit perbezaan dari segi penggunaan nama.

Tidak ada satu sebab yang munasabah untuk sebilangan rakyat Indonesia memusuhi Malaysia kerana negara ini merupakan tempat untuk mencari rezeki dan sebahagian besar rakyat Malaysia menambahkan rezeki peniaga di Indonesia termasuk di Jakarta, Surabaya, Bandung, Medan dan sebagainya dengan membeli-belah di sana.

Kepada semua warga Indonesia yang berada di Malaysia dan Indonesia, sedarlah bahawa Indonesia dan Malaysia adalah sama, janganlah cuba untuk meniup api perpecahan kerana kita saling memerlukan.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara Perlis

Sumber: Utusan Malaysia, 27 November 2009

15 November 2009

Mengapa makam Sunan Ampel jadi tumpuan?

KETIKA dalam perjalanan ke Surabaya, penulis sempat memasuki data terkini pergerakan di dalam Facebook. Salah seorang rakan memberi cadangan supaya penulis melawat makam Sunan Ampel iaitu salah seorang sembilan orang wali atau dikenali sebagai Wali Songo di Indonesia.

Menurutnya di makam berkenaan banyak cerita yang boleh ditulis, tetapi penulis agak musykil dengan saranan itu.

Bagaimanapun memandangkan rakan penulis itu pernah belajar di Surabaya, jadi penulis berfikir tidak salah melawat makam berkenaan yang kebetulan terletak di kawasan masjid. Paling tidak dapat juga melawat rumah Allah.

Jadi pada sebelah pagi sebelum bertolak pulang ke Jakarta, penulis meminta pemandu kenderaan yang disewa supaya berhenti sebentar di makam berkenaan.

Pemandu berkenaan pula nampaknya cukup senang dengan permintaan penulis itu memandangkan dia juga seorang yang cenderung dengan ajaran Islam kerana pernah belajar di pesantren dan anaknya juga kini belajar di Pesantren Gontor di Jawa Timur.

Sebaik tiba di kawasan berkenaan penulis melihat terdapat pintu gerbang yang menunjukkan Masjid Sunan Ampel.

Kelihatan orang ramai berpusu-pusu masuk melalui pintu gerbang itu dan meneruskan perjalanan melalui lorong yang agak sempit dengan di kiri serta kanan terdapat peniaga yang menjual pelbagai barangan seperti buah kurma, tasbih dan sebagainya.

Daripada pakaian orang ramai itu seolah-olah mereka menghadiri majlis agama dan mungkin di masjid berkenaan terdapat ceramah agama fikir penulis.

Semakin hampir dengan kawasan masjid berkenaan terdengar suara orang mengalunkan ayat suci al-Quran, tetapi apabila dihampiri ia bukan dari masjid berkenaan, tetapi rupa-rupanya dari kedai-kedai di tepi jalan.

Rupa-rupanya untuk sampai ke masjid dan makam yang hendak dituju perlu melalui perjalanan kira-kira satu kilometer dengan orang ramai bersesak.

Tiba di kawasan masjid kelihatan para pegawai masjid sibuk mengawal orang ramai yang pada anggaran penulis berjumlah ribuan orang yang mahu masuk ke kawasan masjid.

Penulis pun mengikuti orang ramai berbaris untuk masuk kawasan masjid itu dan penulis melihat terdapat sekumpulan orang ramai sedang meminum air di dalam tempayan yang di kawasan masjid tersebut.

Menurut salah seorang daripada mereka air itu mengalir dari mata air yang tidak pernah kering dan diyakini dapat melegakan sakit-sakit badan dan pelbagai penyakit yang lain.

Meneguk

Penulis pun meneguk sedikit air tersebut menggunakan cawan yang diperbuat daripada besi yang dirantaikan pada paip yang tidak berhenti mengalirkan air ke dalam tempayan.

Rasa air itu agak payau, tetapi ia menyejukkan dan memang cukup menyegarkan badan penulis yang kepenatan membuat liputan di Surabaya. Selepas minum air berkenaan penulis masuk ke kawasan makam berkenaan iaitu makam Sunan Ampel.

Kelihatan banyak makam di kawasan berkenaan berkenaan, tetapi hanya sebuah makam yang agak besar dan di pagar kelilingnya dengan ratusan orang duduk membayar pelbagai ayat al-Quran dan ada juga yang berdoa serta tidak kurang juga yang bersembahyang.

Sayangnya ketika penulis hendak mengambil gambar, pengawal di masjid melarangnya dengan alasan supaya ia tidak dijadikan bahan untuk dijual.

Bagaimanapun katanya jika penulis mahu membuat liputan, penulis perlu mengemukakan surat permohonan. Menurut pengawal berkenaan tumbuhan di kawasan makam berkenaan cukup mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit.

Sebagai contoh pokok mengkudu terdapat di kawasan itu digunakan untuk mengubati masalah orang yang tidak dapat mengandung.

Selepas duduk dan membaca ayat al-Quran  penulis pun berjalan keluar dan di dalam perjalanan keluar penulis sempat membeli senaskhah kalendar untuk tahun 2010.

Bagi penulis menziarahi makam, apatah lagi salah seorang wali memang cukup beruntung, tetapi seperkara yang penulis pelajari bahawa pihak masjid berkenaan tidak mengutip sebarang bayaran tetapi mereka menjual produk seperti kalendar kepada pengunjung untuk sebagai kenangan.

Melalui penjualan tersebut masjid berkenaan memperoleh pendapatan dan mungkin juga gerai-gerai yang terdapat di kawasan masjid itu juga disewa daripada pihak masjid.

Itulah rahmat yang diperoleh penduduk kawasan berkenaan dan pada masa yang sama pelancongan setempat dihidupkan yang sekali gus mengerakkan aktiviti ekonomi yang lain.

Di Malaysia aktiviti sedemikian yang masih kurang dan mungkin ia boleh dipelajari bagaimana pelancongan dalam negeri dapat memberi manfaat kepada institusi agama.


- Sumber: MINGGUAN MALAYSIA , 14 November 2009.

03 November 2009

Terbaru! Majlis makan malam Alumni Jawa Timur II

Majlis makan malam Alumni Jawa Timur II akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:
Tarikh :  Ahad, 22 November 2009
Masa : Mulai 7.30 pm
Tempat : Hotel Sentral, Brickfield Kuala Lumpur (Berhampiran KL Sentral)
Bayaran : RM48/orang (kanak-kanak bawah 12 tahun PERCUMA)

APA YANG MENARIK? 

  • Tema: Merah & Putih
  • Door gift & lucky draw menanti
  • Makan sedap
  • Kanak-kanak FREE
  • Ajang ngobrol sampai pagi

Mereka yang berminat untuk menghadirinya, sila sahkan kehadiran dengan menghubungi saya (secara panggilan/SMS) di talian 012-6066675  atau membalas komen di blog ini atau melalui pesanan menerusi laman Facebook.

Bayaran penuh hendaklah dibuat menerusi akaun MAYBANK - 114049107656 sebelum 15 November 2009 dan sila maklumkan kepada saya selepas bayaran dibuat dan simpan resit deposit untuk pengesahan.

Mereka yang mahu menginap di hotel tersebut, bayarannya ialah RM120/malam (kadar selepas diskaun).

Terima kasih

LUKMAN ISMAIL
Unair 89


INFO LOKASI MAKAN MALAM:

Hotel Sentral Kuala Lumpur
No 30, Jalan Thambypillai, Brickfields
50470 Kuala Lumpur
(Belakang Stesen Monorail KL Sentral)



View Hotel Sentral Kuala Lumpur in a larger map


SAH HADIR!
Berikut mereka yang mengesahkan diri untuk hadir...


1. Aminah Murni & keluarga (dari Temerloh)*
2. Kama Azro Abu Bakar (masih solo)
3. Hazrin Othman & Razali sekeluarga (dari Segamat)*
4. Erwin Riduan & keluarga
5. Zuraidah & Jalal sekeluarga
6. Azizi Shamsuddin & Dr. Faezah sekeluarga (dari Chemor, Perak)
7. Azura & keluarga
8. Yusri Hashim (masih solo)
9. Dr. Zarina Esman & keluarga*
10. Lukman & Dr. Norlee sekeluarga*
11. Roslina @ Olin & keluarga*
12. Rosnani & Dr. Bazir sekeluarga (dari Terengganu)
13. Hasmizol Faizal & keluarga (dari Perlis)
14. Norina Mahmud
15. Atras & Maznah




18 October 2009

MoU UKM dengan Universitas Airlangga

SURABAYA 16 Okt. - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universitas Airlangga (Unair) di sini semalam.

UKM diwakili Timbalan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohamad Abdul Razak, manakala Unair diwakili Naib Rektor I, Prof. Dr. H. M Zainuddin.

Majlis itu disaksikan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar.
MoU itu membolehkan kedua-dua universiti bekerjasama di dalam bidang penyelidikan, program akademik, pertukaran maklumat, ahli fakulti, pelajar dan seminar serta persidangan.

Kerjasama itu membabitkan Pusat Perubatan UKM, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Farmasi, Fakulti Undang-Undang dan Institut Perubatan Molekul UKM dengan Unair.

Di pihak Unair, kerjasama itu digerakkan oleh Fakulti Kedoktoran, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Perikanan dan Kelautan, Fakulti Psikologi, Fakulti Farmasi dan Fakulti Hukum.

Timbalan Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Mohamad Abdul Razak berharap, kerjasama itu akan dapat meningkatkan lagi prestasi dan imej kedua-dua universiti berkenaan.

Menurut beliau, MoU tersebut adalah selari dengan usaha mempromosi dan mengantarabangsakan kepakaran dan keunikan UKM.

''Justeru, saya berharap kedua-dua pihak dapat memulakan usaha merangka pelan tindakan untuk mencapai hasrat ini dan seterusnya melaksanakan agenda yang telah dirancangkan.

''Saya yakin dengan komitmen dan kesungguhan kedua-dua pihak, agenda-agenda yang dirancang itu akan menjadi realiti dan boleh memberi impak ke arah peningkatan imej serta prestasi kedua-dua institusi itu,'' katanya.

Tambah beliau, kerjasama itu juga dapat merapatkan hubungan kedua-dua buah negara berjiran.

Terdahulu, pada sebelah malam, satu jamuan makan malam diadakan bersama-sama dengan 150 ahli Alumni UKM dari Indonesia.

Setakat ini, terdapat kira-kira 5,000 ahli Alumni UKM dari negara jiran itu. - Utusan

08 October 2009

Info Dinner Alumni Jatim II

Tarikh: Ahad, 22 November 2009
Tempat: Belum ditetapkan tetapi di Kuala Lumpur atau sekitarnya
Bayaran: Di bawah RM50 seorang (dewasa)

Antara aktiviti yang dirancang:
  • Pakaian dengan warna tema (Merah/Putih)
  • Pertukaran cenderamata
  • Karaoke
  • Lain-lain (sedang difikirkan. Jika ada idea, boleh beri cadangan di bahagian komen!)
Woro-woro... kita meriahkan majlis ini. Sambil makan, sambil ngobrol & mengimbau kenangan lama....!!

Makan malam Alumni Jatim II

Alumni Jawa Timur akan mengadakan majlis makan malam bagi menghimpun para alumni lulusan institusi pengajian di Jawa Timur baik di Surabaya, Malang, Pasuruan, Ponorogo dan lain-lain tempat.

Majlis makan malam ini adalah kali kedua diadakan selepas tahun lalu berjaya mengumpul lebih 50 alumni dan ahli keluarga masing-masing di Hotel Regency Kuala Lumpur.

Selepas mendapatkan maklum balas dari kalangan alumni, majlis makan malam Alumni Jatim II tahun ini akan diadakan pada Ahad, 22 November 2009 di sekitar Kuala Lumpur.

Sebagai kali kedua diadakan, majlis tahun ini akan diberikan beberapa kelaian bagi memastikan ia lebih meriah dan dapat meninggalkan kenangan yang tidak sekejap kepada mereka yang hadir.

Justeru, mereka yang berminat untuk sama-sama menghadiri jamuan makan malam dan juga majlis "reunion" itu boleh merancang cuti masing-masing memandangkan tarikh tersebut adalah hari awal cuti sekolah.

Perkembangan dari masa ke semasa berhubung majlis ini akan dipaparkan di dalam blog Alumni Jawa Timur ini atau menerusi rangkaian Facebook Group atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

07 September 2009

Puasa bagi pesakit diabetes

KAJIAN Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan ketiga, tiga tahun lalu menunjukkan sebanyak 1.6 juta rakyat atau setiap seorang daripada lapan penduduk negara berusia 30 tahun ke atas menghidap diabetes.

Jumlah berkenaan didapati meningkat sebanyak 80 peratus dalam tempoh 10 tahun iaitu daripada 8.3 peratus pada 1996 kepada 14.9 peratus pada 2006.

Apa yang semakin membimbangkan, lebih satu pertiga iaitu kira-kira 600,000 daripada jumlah itu tidak mengetahui mereka menghidap penyakit berkenaan, justeru gaya hidup masyarakat perlu ditukar segera kerana ia dikaitkan juga sebagai penyakit orang kaya yang bermewah-mewah dengan makanan.

Promosi berbuka puasa yang ‘lebat’ bagaikan syurga makanan dikhuatiri menyukarkan pesakit diabetes berdisiplin. Malah mungkin juga ancaman kepada individu yang tidak mengetahui mengenai status kesihatan masing-masing.

Pegawai Perubatan Klinik Nur Sejahtera, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Norlee Hazaniza Ahmad, berkata bukan saja pesakit perlu memandang serius soal pengambilan makanan sepanjang Ramadan, sebaliknya golongan dewasa lain perlu berpada-pada memilih juadah ketika berbuka puasa.

“Berlapar dari dinihari hingga ke senja iaitu hingga 13 jam ketika Ramadan, bukan alasan kepada pesakit diabetes mengabaikan pengambilan makanan sihat dan sempurna dengan menjauhi makanan manis bergula.

“Pesakit perlu mengurangkan pengambilan makan manis atau tinggi karbohidrat pada waktu berbuka dan bersahur, sebaliknya digantikan dengan pengambilan banyak sayur-sayuran, buah-buahan segar serta minum air secukupnya. Berpuasa tidak mengubah cara pengambilan makanan pesakit diabetes sebaliknya yang berubah hanyalah pengambilan ubat-ubatan iaitu diterbalikkan dos iaitu biasanya dos tinggi pada waktu pagi, dos rendah waktu malam diterbalikkan iaitu dos rendah waktu pagi, dos tinggi waktu malam atau berbuka,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Diabetes Mellitus atau kencing manis berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan cukup insulin atau bereaksi terhadap insulin.

Insulin dihasilkan oleh kelenjar pankreas dan ia membuatkan sel badan dapat menyerap gula bagi menukarkannya menjadi tenaga untuk kegunaan seharian.

Dr Norlee berkata, diabetes selalunya dikaitkan dengan makanan, justeru pengambilan makanan perlu diberikan perhatian serius kerana jika gula dalam darah terlalu tinggi boleh menyebabkan berlaku hiperglisemia yang boleh mengakibatkan mengantuk keterlaluan dan tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun, sekiranya pesakit ‘mengikat perut’ ketika berbuka pula dikhuatiri kadar gula dalam darah menjadi rendah, sekali gus mengakibatkan hipoglisemia akibat pengambilan makanan terlalu sedikit dan kadar ubat yang berlebihan pula. Tanda dan gejala termasuklah pucat, rasa kelaparan teramat sangat, berpeluh-peluh, menggeletar, berdebar-debar, resah gelisah, keletihan melampau dan tidak sedarkan diri.

“Ketakutan terhadap diabetes ialah kerana ia menyebabkan komplikasi menyakitkan dan berpanjangan, termasuklah penyakit saraf, mata, buah pinggang, angin ahmar selain kardiovaskular seperti darah tinggi dan jantung.

“Merawat diabetes hanyalah menerusi kawalan makanan seperti disarankan piramid makanan yang mana kurangkan makanan manis dan berlemak sebaliknya lebihkan serat kerana makanan sedemikian hanya menyebabkan obesiti sekiranya tidak diikuti senaman.

“Di samping itu pengambilan ubat-ubatan seperti daonil, diamicron dan metformin perlu dilakukan mengikut aturan ditetapkan. Mana yang sepatutnya dimakan sebelum atau atau selepas makan perlu diikuti bagi membolehkan ia bertindak sebaik mungkin,” katanya.

Dalam keadaan tertentu apabila pesakit perlu mengambil suntikan insulin, tindakan itu tidak membatalkan puasa kerana tusukan hanya membabitkan bahagian atas kulit.

Pesakit perlu menjaga kulit dengan mandi setiap hari, mengeringkan semua bahagian badan dengan sempurna selain merawat luka dan calar dengan segera, malah berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas dua atau tiga hari.

Menjaga kaki pula, pesakit perlu membasuh kaki setiap hari, mengeringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah jari kaki dan paling penting periksa kaki setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.

Penjagaan kaki termasuk memotong kuku secara memanjang, menukar stokin setiap hari selain memakai kasut sesuai adalah satu kemestian kerana dalam banyak kes, deria pesakit menjadi tidak sensitif.

“Ada pesakit yang datang ke hospital dengan tusukan paku pada bahagian tapak kaki tanpa disedari oleh pesakit kerana tidak merasa sakit. Ketika itu luka berkenaan semakin teruk hingga menyebabkan perlu dipotong. Dalam hal ini mengawal makanan dan berpada-pada mengambil makanan manis adalah langkah terbaik mencegah kencing manis kerana kualiti hidup boleh berkurangan apabila disahkan sebagai penghidap,” katanya.


Catatan:
Dr. Norlee Hazaniza Ahmad merupakan alumni Jawa Timur lulusan UNAIR

Muhammad pelapis ulama

ADIK Muhammad Ahmad Zahid pastinya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, sama ada di khalayak rantau ini mahupun antarabangsa. Ini kerana personaliti cilik kelahiran kota metropolitan Kuala Lumpur ini, sering menjadi rebutan stesen-stesen televisyen, radio dan media cetak.

Malah kelunakan suara dan kefasihan beliau memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, apatah lagi dalam bulan Ramadan, menjadikan kemunculan hafiz muda ini sentiasa dinanti-nantikan tidak kira tua mahupun muda.

"Malam semalam dan malam tadi, Muhammad mengetuai solat sunat tarawih di Masjid Negeri Shah Alam. Boleh dikatakan sepanjang Ramadan ini juga, jadual sebelah malamnya sudah terisi penuh.

"Muhammad juga insya-Allah akan menjadi imam solat tarawih di Masjid Negeri Shah Alam sekali lagi pada Isnin malam Selasa iaitu pada 7 September (malam ini). Ia adalah atas permintaan khas adinda Sultan Selangor di mana Sultan Selangor sendiri akan bersolat berimamkan Muhammad pada malam itu. Saya berharap masyarakat Islam, khususnya yang berada di Shah Alam beramai-ramai mengimarahkan Masjid Negeri pada malam itu.

"Pada sebelah pagi pula, kalau cuti sekolah macam ini, ada juga dia memenuhi undangan mengaji daripada pelbagai pihak, selain menjayakan sesi wawancara," terang bapa Muhammad, Ahmad Zahid Zainal Abidin, 42, sebaik menjemput penulis masuk dan tatkala melabuhkan punggung di sofa empuk di rumah teres mereka yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Kesudian dan kebenaran penasihat undang-undang, Ahmad Zahid dan isterinya, Dr. Siti Khadijah Fadzil, 42, yang juga seorang doktor gigi, memenuhi sesi wawancara dan fotografi bagi terbitan Mega sempena Nuzul Quran memang amat dihargai.

Apatah lagi, ia dibuat pada cuti umum di mana rakyat Malaysia sedang meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-52 pada tahun ini.

Sempat membelek sebuah bibliografi beliau bertajuk, Muhammad - Hafiz Muda yang telah diterbitkan dan dipasarkan oleh syarikat Galeri Ilmu.

Seketika itu, penulis mengakui usaha mengangkat adik Muhammad menjadi role model, sekali gus bergelar juara itu berbaloi apatah lagi, menyedari ia bukanlah sesuatu yang mudah. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Bahkan, segala yang direncanakan oleh ibu bapa pelajar tingkatan dua Sekolah Integrasi Darul Hikmah yang terletak di Jalan Ampang, Selangor ini, bukan sekadar melahirkan anak-anak hafiz dan hafizah, tetapi perjuangan mereka masih belum selesai iaitu melahirkan pelapis ulama.


Catatan:
* Dr. Siti Khadijah Fadzil merupakan alumni Jawa Timur dan lulusan UNAIR

18 August 2009

Dirgahayu Indonesia!

Kami dan rakan-rakan alumni seluruh Jawa Timur merakamkan ucapan Dirgahayu Indonesia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaannya ke-64.

12 August 2009

Wajah-wajah III

Catherine Staun (IKIP Surabaya 1990) bersama anak-anaknya... Hehehe... anak dah nak sama besar dengan ibunya...! (Sumber: Facebook)

Datin Dr. Mimin Tarmini (UNAIR 1986) bersama anak-anak... (Sumber: Facebook)

26 July 2009

Komuniti Alumni Jawa Timur dalam Facebook!

Assalamualaikum,

Dimaklumkan bahawa pihak kami telah mewujudkan rangkaian Alumni Jawa Timur menerusi laman sosial paling popular di dunia iaitu Facebook (FB). Kini rakan-rakan alumni Jatim boleh berhubung secara langsung antara satu sama lain menerusi laman sosial ini.

Melaluinya kita bukan sahaja dapat mengetahui perkembangan semasa rakan-rakan kita, malah boleh bertukar-tukar maklumat, gambar diri dan keluarga malah berbual secara online menerusinya.

Sehubungan dengan itu adalah diharapkan semua Alumni Jatim dapat mendaftarkan diri mereka di laman sosial Facebook (sila klik pautan ini untuk daftar) dengan secepat mungkin. Sila war-warkan kepada rakan-rakan yang lain.

Sementara itu, disertakan juga alamat seorang rakan kita iaitu Datin Dr. Mimin Tarmini Sachlin (atau dulu dipanggil Kak Mimin) yang kini menetap di Ipoh, Perak.

Datin Dr. Mimin Tarmini Sachlin (UNAIR 86)
Klinik Pakar Wanita Dr. Mimin
Suite 307, Hospital Pantai 126
Jln Tambun
31400 Ipoh
Perak Darul Ridwan
Tel : +05 - 5405602
Fax : +05 - 5405603

29 June 2009

Laporan awal mesyuarat agung PAPTI

Laporan awal berhubung mesyuarat agung PAPTI ke-17 yang diadakan pada 27 Jun 2009 dapat diperoleh melalui blog rasmi PAPTI (http://papti.blogspot.com/2009_06_01_archive.html#6976457618770525553).

Seramai 5 lagi anggota Ahli Majlis termasuk Setiausaha Agung sedang dicari untuk mengisi kekosongan di bawah kuasa melantik Presiden.

Sehubungan dengan itu sesiapa yang berminat untuk mencurahkan bakti kepada PAPTI dengan syarat sanggup memberikan komitmen sepenuhnya, mengorbankan masa dan tenaga boleh menghubungi saya ditalian 012-6066675 atau Presiden, Dr. Shamsul Bahar (012-2861707).

Terima kasih

LUKMAN ISMAIL
Timbalan Presiden PAPTI
2009/2011

27 April 2009

Timbalan Menteri WP 'tangkap' doktor HKL

Renungan II!

KUALA LUMPUR 26 April - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan (gambar) hari ini 'menangkap' dua doktor di jabatan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi, bukannya merawat lebih 20 pesakit yang menunggu dalam kesakitan untuk mendapat rawatan.

Penemuan yang memeranjatkan Saravanan itu berlaku kira-kira 10.30 pagi ini apabila beliau pergi ke hospital berkenaan untuk melawat seorang pelajar universiti yang cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu beliau (Saravanan).

"Saya juga menunggu seketika untuk pelajar perempuan itu mendapat rawatan dan setelah menyedari tidak seorang pun pesakit dipanggil masuk oleh doktor, saya terus membuka pintu bilik rawatan. Saya terkejut apabila mendapati seorang doktor sedang membaca surat khabar dan seorang lagi buat hal sendiri dan melakukan kerja peribadi.

"Ada lebih 20 pesakit yang menunggu di luar untuk mendapat rawatan. Ini bukanlah cara seseorang doktor bekerja. Pesakit sepatutnya diutamakan. Lagipun, ini adalah unit kecemasan, yang sepatutnya pantas dalam memberikan rawatan," kata Saravanan kesal.

Saravanan berkata, beliau menegur doktor terbabit kerana kelakuan mereka dan mendesak untuk berjumpa pegawai atasan mereka, yang muncul 30 minit kemudian.

"Selepas itu, pesakit yang menunggu pun segera diberi rawatan. Tak bolehkah doktor itu melayani pesakit dulu? Ini bukan sepatutnya cara perkhidmatan di hospital kerajaan dilaksanakan," katanya.

p/s: Harap-harap kedua-dua doktor itu bukan Alumni Jawa Timur!

21 April 2009

Majlis berbuka puasa Alumni Jatim!!

Saudara/i;

Alumni Jawa Timur bercadang untuk mengadakan pertemuan alumni kali kedua yang dijangka akan diadakan pada bulan puasa ini. Cadangan majlis berbuka puasa ini akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur dengan bayaran yang berpatutan.

Sehubungan dengan itu kami mengalu-alukan cadangan tarikh dan tempat daripada saudara/i untuk dipertimbangkan. Jika sesiapa mempunyai hubungan dengan mana-mana pihak yang boleh menaja majlis ini, kami amat mengalu-alukannya.

Sebarang cadangan boleh dikemukakan melalui ruangan Komen di bawah atau email ke alumnijawatimur@gmail.com atau SMS/Call 012-6066675.

Terima kasih

LUKMAN ISMAIL
Unair 89

16 March 2009

Two doctors struck off register

JUST REMINDER TO ALL FRIENDS!!

KUALA LUMPUR, March 16 (Bernama) — Two doctors have been struck off the medical register for serious breach of discipline, Malaysian Medical Council (MMC) President, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, disclosed today.

In a statement, he said, Dr Nusyirwan Mohd Syukur was found guilty of falsely claiming to be a graduate of Universiti Kebangsaan Malaysia when he was in fact a graduate of University of North Sumatera, Indonesia.

He was also found quilty of absconding from his place of practice and making false accusation of wrongful dissmisal against his employers and demanding monetary compensation. He has appealed to the High Court.

The other, Dr Zuabidah Zabidin was found guilty of allowing an unqualified person to attend, treat and prescribe scheduled poisons to patients without her or any other registered practitioner’s supervision.

She did not appeal.

Dr Mohd Ismail, who is also the Director-General of Health, said seven other doctors were suspended for periods ranging from three months to two years, while four others were reprimanded.

Their offenses included professional negligence and issuing medical certifcates to foreign workers with false or misleading documentation.

Dr Mohd Ismail hoped other doctors would learn from this and avoid making such mistakes.

Last year, the MMC had received 87 complaints. — BERNAMA

26 February 2009

Mesej & alamat terbaru rakan-rakan

Assalamualaikum,
Seronok tengok gambar member -member dulu dengan family masing-masing masa dinner tu, ada yg dah beruban (abang azizi, kak pai makin kurus), abang zali masih mcm dulu (dahi licin, kak ayin maintain), dah gendut (abg basir, kak nani msh cun), kak norlee & abg lokman tokleh komen, kak zura dengan babynya..elis & nazlee maintain, zurin & sadad maintain...dll
Sebenarnya nak hantar alamat terbaru..

DR NORIZAH BT AB. RAHMAN (FKG Unair)
LOT 6053, LORONG 3,JALAN MAHSURI,
17500 TANAH MERAH
KELANTAN
013-9829671
EMAIL : drnoriz@gmail.com


SUHAIMI BIN HJ. MATSHAH (IKIP Malang)
Penolong Pengarah,
Unit Kajian Kemanusiaan (UKK),
Sektor Pengurusan Akademik,
Tingkat 8, Blok A, Bangunan KWSP,
Beg Berkunci 199, 88746 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Tel: 088-246575/576/581 (O)
Faks : 088237357
H/P : 0195882280 / 0128289429.

ATRAS BIN MOHAMAD ZIN & MAZNAH BINTI EMBONG

(IAIN Sunan Ampel 1995)

Lot 9116, Jalan Aman,

Sungai Merab Luar,

43000 Kajang,

Selangor Darul Ehsan

H/P: 019-2049501

Email: atras@esyariah.gov.my / Azosume1@yahoo.com


p/s: Terima kasih atas maklum balas yang diberikan. Semoga dapat ikut serta dipertemuan akan datang...!

31 January 2009

Dialog tingkatkan hubungan mahasiswa Malaysia-Indonesia

JAKARTA, 31 Jan (Bernama) — Usaha kerajaan Malaysia dan Indonesia merapatkan hubungan antara rakyat mendapat dukungan penuh 5,600 mahasiswa Malaysia di negara ini dan para pemimpin mahasiswa dari lima universiti tempatan di sekitar Jakarta.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Kedutaan Besar Malaysia di sini, Dr Junaidi Abu Bakar berkata kesediaan kira-kira 50 pemimpin mahasiswa kedua-dua negara untuk berdialog dan mencari kata sepakat mengenai aktiviti bersama untuk tujuan itu membuktikan bahawa mereka sedar pentingnya hubungan akrab Malaysia-Indonesia.

"Sebagai pewaris kepimpinan negara masing-masing, dialog yang diadakan ini memberikan harapan cerah bagi kedua-dua negara untuk terus bekerjasama terutama di pentas antarabangsa dalam isu kepentingan bersama," katanya ketika merasmikan dialog itu yang pertama kali diadakan di sini hari ini.

’Dialog Muhibah Pemimpin-pemimpin Pelajar Malaysia-Indonesia di Jakarta’ itu mengenal pasti beberapa aktiviti yang akan dijalankan bersama termasuk seminar pendidikan, sukan, persembahan kebudayaan, inap desa bagi pelajar Malaysia di sini pada musim cuti kuliah dan lawatan sambil belajar ke Malaysia untuk pelajar Indonesia.

"MSD akan terus mendorong mereka mengadakan kegiatan bersama termasuk projek kemasyarakatan untuk manfaat penduduk tempatan. Kita juga akan berusaha mendapatkan penganjur bagi lawatan mahasiswa Indonesia ke Malaysia," katanya.

Seramai 30 pemimpin perwakilan mahasiswa Indonesia di Jakarta dari Universitas Trisakti, Universitas Ukrida, Universitas Indonesia, Universitas Mastopo dan Universitas Islam Negeri, yang banyak menampung mahasiswa Malaysia, hadir pada dialog yang berlangsung di sebuah restoran makanan Malaysia itu.

Pemimpin mahasiswa dari Universitas Indonesia Ihza Fachriza mengakui kagum dengan kesungguhan mahasiswa Malaysia untuk turut melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti di kampus dan menyambut baik dialog itu, yang diharapkannya dapat dilaksanakan secara berkala melibatkan lebih ramai pemimpin mahasiswa.

Ketua Badan Eksekutif Mahasiswa Fakulti Kedoktoran Universitas Trisakti P.
Gusti Agung pula berkata inisiatif mahasiswa Malaysia mengadakan dialog itu sangat baik dan kehadiran mahasiswa Malaysia di kampus-kampus di Indonesia banyak membantu memperkayakan pengetahuan serta pengalaman mahasiswa tempatan.

Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) cawangan Jakarta, Ahmad Nabieh Abqory Rahmat pula berkata PKPMI sendiri pada setiap masa menggalakkan pelajar Malaysia di sini supaya bukan saja cemerlang belajar tetapi aktif menimba pengalaman dan berinteraksi dengan penduduk setempat.

"Ini merupakan amanat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin serta Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Zainal Abidin Mohamed Zain, yang mahu kita menjadi duta kecil Malaysia dan pulang dengan 1,000 sahabat di Indonesia," katanya.

Pelajar kedoktoran tahun keempat dari Malaysia Noraishah Abdul Aziz, yang belajar di Universitas Indonesia pula berkata bercampur gaul dengan pelajar Indonesia menambah kematangan pelajar Malaysia kerana mereka sangat berdikari walaupun tidak menerima sebarang biasiswa dan matang dalam tindakan terutama membahaskan isu semasa.

Selain dijamu nasi lemak, teh tarik dan roti canai, para pemimpin pelajar itu juga diberikan pelbagai makalah mengenai Malaysia terutama mengenai program dan promosi pelancongan perubatan serta pendidikan.

08 January 2009

Jom boikot produk AS, Israel

Hentikan kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin dengan sama-sama memboikot produk-produk berkaitan dengan negara itu dan sekutunya, Amerika Syarikat.

> Klik untuk senarai produk...

02 January 2009

Di mana mereka...

Malek A. Johari & Rozaidah Muni (Nik)
No. 90, Taman Tangkak 2, 84900 Ledang, Johor / No. 52, Sungai Ranggam, Panchor, 84500 Muar, Johor. Tel: 012-2687741/012-2687740.

Mohd. Sadad Mahmud & Dr. Zurina Asiah Musa
No. 15, Jalan BP 10/4, Bandar Bukit Puchong 2, 47100 Puchong, Selangor. Tel: 012-2076415/012-6816414.

Adnan Abdul Rahman
No. 12, Jalan TJ 7/2, Taman Temerloh Jaya, 28000 Temerloh, Pahang. Tel: 013-6226220.

Dr. Nazita Yaacob
100, Jalan USJ 1/24, 47620 Subang Jaya, Selangor. Tel: 03-56367913/012-2358405. E-mel: drnazitay@yahoo.com

Dr. Khadijah Wahab
No. 185, Jalan Muhibbah, Sungai Mati, 84400 Muar, Johor. / Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian), Tingkat 1, Kompleks Ilmu, Hospital Melaka. Tel: 013-6226228. E-mel: dr_kaytie@yahoo.com.my

Siti Zaharah Haji Bechi
A7-1-2, Apartment Desa Pandan, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Tel: 017-6312757.

Dr. Mazhazlinda Harun
No. 12, Jalan Permata, Desa Salak Permata, Kampung Baru Lanjut, Sepang. Tel: 012-3111986.

Dr. Noor Huda Md. Yusof
No. 22A, Jalan Ara SD 7/1C, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur. Tel: 012-6640512.

Yatrizal Zamzami
No. 17, Jalan 3/33, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Tel: 016-6504339. E-mel: yat6019@yahoo.com

Shaharudin Ghazali
B-21-12A, Plaza Damansara, Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor. Tel: 019-5555481 E-mel: chaa70@gmail.com

Julinda Tajul Ariffin & Dr. Nazaruddin Othman
C-11-8, Gurney Height Condo, Jalan Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur. Tel: 012-2215728.

Mohd. Razali Deraman & Hasrin Othman
106-C, Batu 3, Jalan Buloh Kasap, 85000 Segamat, Johor. Tel: 012-7395615/019-7598453.

Mohd. Azizi Shamsuddin & Dr. Noorfaizah Mohamad
PT 131051, Persiaran Seri Desa I, Seri Desa, Tanah Hitam, 31200 Chemor, Perak. Tel: 019-4218963/016-2410489.

Dr. Mohd. Bazir Jusoh & Rossnani Emily Juaing
PT 12004, Taman Desa Jaya, Jalan Air Putih Batu 2 1/2, Chukai, 24000 Kemaman, Terengganu. Tel: 019-9560806/019-8506452.

Kama Azro Abu Bakar
Tel: 012-2489469

Mustafa Kamal
Tel: 012-6788176

* Mereka yang ingin memaparkan alamat terkini masing-masing, sila e-mel kepada alumnijawatimur@gmail.com atau hubungi 012-6066675.

01 January 2009

Wajah-wajah II

Keluarga Haji Abdul Jalal Abd. Bashir (Gontor/IAIN Sunan Ampel) dan Zuraidah Mukri (Unair 89) bersama hero-heronya. Abdul Jalal kini bertugas di Biro Tatanegara Selangor manakala Zuraidah bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).